Kalau cerita bab ubahsuai kereta ini, ramai rakyat Malaysia yang gemarkannya hingga pelbagai jenis modifikasi dilakukan. Ada yang suka menukar lampu kereta agar nampak lebih bergaya dan ada pula menukarnya demi tujuan keselamatan agar pemanduan pada waktu malam lebih terang. Namun, tak semua lampu kereta yang korang tukar atau pasang itu dibenarkan oleh JPJ tau, ada sesetengah lampu dilarang kerana boleh menyebabkan pemandu lain menjadi silau dan sebagainya. Berikut jenis lampu kereta yang tak dibenarkan oleh JPJ memetik Carsome: •Lampu kereta jenis HID - Lampu High Intensity Discharge (HID) atau lampu putih yang dipasang secara aksesori (retrofit) dengan kuasa yang melebihi standard dan spesifikasi yang ditetapkan adalah big NO! •Lampu berkelip – Penggunaan aksesori lampu tambahan yang berkelip-kelip selain lampu signal kereta juga adalah tidak dibenarkan. Ia bukan sahaja akan mengelirukan pemandu lain, malah ia juga akan mengganggu fokus pengguna jalan raya kerana menyebabkan silau sekaligus meningkatkan risiko kemalangan. •Lampu kereta smoked atau lampu digelapkan – Haa yang ini ramai buat kan? Gelapkan lampu supaya nampak lagi sporty. Modifikasi ini tidak dibenarkan kerana boleh menyebabkan kadar keterlihatan lampu berkurangan dengan drastik terutamanya semasa anda menekan brek, menggunakan signal dan sebagainya. •Lampu spotlight kereta – Pemasangan lampu sportlight kereta hanya dibenarkan bagi kenderaan jenis 4x4 untuk digunakan semasa aktiviti off-road sahaja. Lampu ini hendaklah ditutup apabila kenderaan digunakan di atas jalan raya. •Lampu mata arah (Beacon light) – Kenderaan persendirian tidak dibenarkan sama sekali menggunakan lampu beacon kerana boleh disalahguna oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Menggunakan lampu kereta yang betul dan sesuai penting agar anda boleh dilihat dengan jelas oleh pengguna jalan raya yang lain. Tak salah nak ubahsuai kereta, tapi ikutlah peraturan yang telah ditetapkan oleh JPJ. 🖊️: Hairy 🔍: Faez 🎨 : Faez